fbpx
Gambar hiasan.

Tiga penyamun guna senjata tiruan kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Kelicikan tiga penyamun melakukan aktiviti jenayah mereka sekitar daerah ini menggunakan senjata tiruan berakhir apabila dicekup polis, baru-baru ini.

Kesemua suspek lelaki berusia 22 hingga 40 tahun ditahan antara Khamis dan Sabtu lalu di sekitar daerah ini dan Teluk Intan, Perak.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, penangkapan mereka susulan laporan polis diterima daripada seorang pemilik perniagaan jual hasil laut di Pasir Penambang pada 7 Ogos lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati awal mendapati premis itu telah mengalami kerugian RM700 selepas disamun kira-kira pukul 5.30 pagi pada 5 Ogos lalu.

“Dua daripada suspek memakai pelitup muka berwarna hitam telah meluru masuk ke kedai itu sebelum seorang daripadanya menahan pekerja warga Indonesia di pintu masuk premis.

“Seorang lagi suspek kemudiannya telah menyuruh pemilik premis itu membawanya ke bahagian kaunter bayaran sambil mengacukan pistol kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menambah, suspek kemudiannya telah mengarahkan mangsa membuka kaunter bayaran itu sebelum melarikan wang tunai RM700.

Ujarnya, siasatan awal turut mendapati modus operandi kumpulan ini adalah bergerak secara tiga orang.

“Seorang akan berperanan sebagai pemandu dengan tunggu di dalam kereta manakala dua lagi masuk menyamun dlm kedai menggunakan pistol tiruan.

“Siasatan turut mendapati mereka juga terlibat dalam samun kedai runcit di Tanjong Karang menggunakan senjata tiruan,” katanya.

Jelasnya, ketiga-tiga suspek kini direman antara enam dan tujuh hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI