WASHINGTON – Bekas hos radio konservatif yang kini bergelar jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Tammy Bruce dicalonkan oleh Presiden Donald Trump untuk berkhidmat sebagai timbalan wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seterusnya, lapor agensi berita United Press International semalam.
“Saya berbesar hati mengumumkan pencalonan Tammy Bruce, seorang patriot yang hebat, personaliti televisyen dan pengarang buku laris sebagai timbalan wakil Amerika Syarikat seterusnya ke PBB,” kata Trump di laman Truth Social.
Menurut Trump, sejak permulaan penggal keduanya, Tammy berkhidmat dengan cemerlang sebagai jurucakap Jabatan Negara.
“Tammy Bruce akan mewakili negara kita dengan cemerlang di PBB. Tahniah Tammy!” katanya.
Pencalonan Tammy memerlukan pengesahan oleh Senat selepas dewan ditangguh selama sebulan.
Bekas penasihat keselamatan negara Trump, Mike Walz sebelum ini dicalonkan untuk berkhidmat sebagai duta AS ke PBB.
Beliau memberi keterangan pada pendengaran pengesahan Senat bulan lalu tetapi pengesahannya terhenti dan ia merupakan jawatan peringkat kabinet terakhir yang belum disahkan oleh Senat. – AGENSI