fbpx
Shuib berdepan detik cemas apabila kenderaan miliknya tiada di tempat parkir.

‘Tak tahu kereta kena rembat, towing MBSA tarik ke’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelawak Shuib berdepan detik cemas apabila kereta jenis Toyota CHR miliknya dilaporkan hilang hari ini.

Menurut Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad, 41, kejadian tersebut disedari selepas selesai menghadiri urusan di Mahkamah Shah Alam sebelum mendapati kereta berwarna kuning tiada di lokasi parkir.

“Tadi urusan di Mahkamah Shah Alam, lepas urusan nak balik kereta Toyota CHR kuning QLE 9949 hilang,” katanya dalam Instagram.

Pada masa sama, bapa kepada empat orang anak itu tidak pasti sama ada keretanya dicuri atau ditarik pihak penguatkuasa.

“Tak tahu hilang kena rembat (curi), towing MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) tarik ke?

“Siapa ada info beritahu ya,” ujarnya.

Rata-rata netizen mendoakan agar Shuib dipermudahkan urusan selain memberi nasihat untuk memeriksa di balai polis berdekatan.

“Pergi balai polis saja, kalau kena tarik dekat MBSA polis akan beritahu. Kawan saya pernah kena,” kata peminat.

“Shah Alam ini paling senang kereta kena towing MBSA. Parkir salah memang cepat saja kena,” ujar pengikut.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan kereta segera dijumpai. Amin,” tutur peminat lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI