fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat di 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di lapan negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini berkata, hujan lebat dijangka di Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

“Cuaca sama turut dijangka di Pahang melibatkan kawasan Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia berkata cuaca buruk turut dijangka di Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) dan Johor (Mersing).

“Di Sarawak kawasan yang diramal hujan petang ini adalah Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Hujan lebat turut dijangka turun di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI