PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat berserta angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, hujan lebat dijangka melanda seluruh Perlis serta sebahagian negeri Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Bandar Baharu).
“Cuaca sama turut dijangka di seluruh Pulau Pinang serta Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang).
“Di Pahang, kawasan yang diramalkan hujan lebat pula adalah Tanah Tinggi Cameron,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, MetMalaysia berkata cuaca buruk turut dijangka di Johor melibatkan kawasan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Di Sarawak kawasan yang diramal hujan pagi ini adalah Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi). – KOSMO! ONLINE