fbpx
Gambar edaran polis untuk membantu siasatan. - BTP

Polis siasat lelaki ‘disentuh’ dalam kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Polis Pengangkutan Britain (BTP) mendedahkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan imej seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap penumpang lain di dalam gerabak kereta api, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Menurut BTP, mangsa mendakwa dia diraba ketika berdiri bersama suspek di hadapan pintu tren.

Kejadian itu berlaku ketika lelaki tersebut dan suspek menaiki kereta api laluan Elizabeth pada 16 Jun lalu.

Ketika kejadian, kedua-dua mereka berdiri berhampiran pintu kereta api dalam perkhidmatan antara Chadwell Heath dan Whitechapel.

Selepas siasatan dilakukan, polis mengeluarkan imej CCTV seorang lelaki yang dipercayai mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan.

“Pada Isnin, 16 Jun lalu kira-kira pukul 8 pagi (waktu tempatan), seorang lelaki melakukan perkara tidak senonoh berhampiran pintu kereta api.

“Detektif percaya lelaki dalam imej CCTV itu mungkin mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan,” kata jurucakap BTP. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI