fbpx
ENAM suspek ditahan kerana menyamar anggota polis di Noida, pinggir New Delhi. – AGENSI

Polis palsu, balai pun palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Polis India menangkap enam lelaki kerana menyamar sebagai anggota polis dan memeras ugut ‘derma’ di  balai polis yang  juga palsu.

Balai polis itu sebenarnya sebuah pejabat yang disewa dan diletakkan papan tanda ‘Biro Siasatan Jenayah’.

“Balai polis palsu itu terletak di bandar Noida, pinggir New Delhi,” kata polis dalam satu kenyataan lewat semalam.

Keenam-enam suspek memalsukan dokumen dan sijil serta mengendalikan sebuah laman web di mana mereka meminta ‘derma’ daripada mangsa-mangsa, kata polis sebenar.

“Mereka juga mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan Interpol serta unit antijenayah antarabangsa lain,” kata polis.

Dalam serbuan ke balai polis palsu itu, polis merampas beberapa buah telefon bimbit, beberapa buku cek, cop dan sejumlah kad pengenalan.

Tangkapan itu berlaku beberapa minggu selepas seorang lelaki ditahan kerana menguruskan kedutaan palsu dari sebuah rumah sewa dekat New Delhi serta menipu pencari kerja dengan menjanjikan pekerjaan di luar negara. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI