PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memanggil pemaju bersama kementerian dan agensi berkaitan bagi membincangkan pembinaan sekolah menegak di Residensi Aman Madani.
Beliau dalam satu hantaran berkata, pihaknya telah mencadangkan agar diwujudkan sekolah menegak dalam kawasan pembangunan atau pembinaan sekolah berhadapan residensi yang disambung jejantas.
“Sekolah ini terbuka kepada semua penduduk setempat selain kemudahan mengikut kerangka Madani termasuk tadika, surau, klinik, dan pusat keselamatan yang akan dibina kelak,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun terdapat sekolah rendah berdekatan, kapasiti yang terhad menuntut pembangunan sekolah baharu selari dengan pertambahan penduduk.
“Pastinya semua prasarana lengkap ini diwujudkan demi keselesaan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE