WASHINGTON – Seorang pengacara saluran berita Fox News mencadangkan anak lelaki Presiden Donald Trump yang berumur 19 tahun, Barron berkahwin dengan aktres Sydney Sweeney, lapor portal berita Daily Star semalam.
Jesse Watters yang juga penyokong kuat presiden itu berkata, jika berkahwin, mereka boleh mewujudkan dinasti politik terhebat.
Watters berkata: “Anda tahu bagaimana ini akan berakhir? Dia (Sydney) akan berkahwin dengan Barron dan mereka akan mencipta dinasti politik terhebat dalam sejarah Amerika.”
Barron adalah anak bongsu Trump.
Sebelum ini, Sydney, 27, yang muncul dalam iklan tentang seluar jean berjenama mencetuskan reaksi negatif di media sosial selepas dia memuji gen hebat miliknya.
Dalam iklan itu, Sydney berkata: “Gen diwarisi daripada ibu bapa kepada anak, sering menentukan ciri seperti warna rambut, personaliti dan juga warna mata. Seluar jeans saya berwarna biru.” – AGENSI