fbpx
SESKO dianggap sebagai penyelesai masalah United yang berdepan isu ketumpulan jentera serangan. - FB MANCHESTER UNITED

Penyelesai masalah di Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United akhirnya mengesahkan ketibaan penggempur baharu mereka selepas memperkenalkan Benjamin Sesko kepada para peminat yang dibeli pada harga £73.7 juta (RM419.13 juta) dari RB Leipzig.

Pemain antarabangsa Slovenia itu menandatangani kontrak selama lima tahun di Old Trafford dengan bayaran asas sebanyak £66.3 juta (RM377.76 juta), manakala selebihnya adalah nilai tambahan.

Sesko menjadi pemain berprofil tinggi ketiga dibawa masuk oleh United pada jendela perpindahan kali ini selepas mereka sebelum itu berjaya mendapatkan khidmat Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo.

United menamatkan saingan musim lalu di kedudukan ke-15 saingan Liga Perdana Inggeris, gagal layak ke pentas Eropah selain tewas pada aksi final Liga Europa masih menjadi pilihan Sesko biarpun dia turut dijejaki oleh Newcastle United.

“Sejarah Manchester United sudah pastinya sangat istimewa dan membuatkan saya teruja untuk menerima tawaran mereka.

“Ketika kami berbincang mengenai perancangan masa depan, ia sangat jelas bahawa semua berada pada landasan yang baik untuk pasukan ini berkembang dan bersaing untuk mendapatkan lebih banyak kejayaan.

“Sejak saya tiba di sini, saya dapat rasakan aura positif dan suasana kekeluargaan yang ada di kelab ini. Secara jelas, ini adalah tempat terbaik untuk saya mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya dan memenuhi impian.

“Saya tidak sabar untuk mula belajar daripada Ruben dan rakan sepasukan yang lain kerana percaya kami mampu untuk mencapai kejayaan bersama-sama,” kata Sesko. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI