fbpx
Mohamed Yusoff Khan (tengah) menyoal siasat PATI yang ditahan di Stesen Penguatkuasa JPJ Mentara Gua Musang awal pagi tadi. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

PATI pilih bas ekspres berhijrah dari Kelantan ke KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mengesan kebanyakan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk bergerak dari Kelantan ke ibu negara.

Pengarahnya, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, risikan yang dilakukan sejak tiga minggu lepas mendapati PATI melakukan kesalahan berulang dan menggunakan perkhidmatan bas ekspres bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

Menurutnya, menerusi Op Bersepadu yang dijalankan bermula pukul 11.30 malam sehingga 3 pagi tadi, seramai 37 PATI ditahan dalam operasi di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mentara di sini.

“Kesemua PATI termasuk 10 wanita yang ditahan berusia antara 16 sehingga 58 tahun yang menaiki bas ekspres melalui jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis untuk ke Lembah Klang.

“PATI yang ditahan terdiri daripada 14 orang warga Indonesia, Bangladesh (11), Sri Lanka (4), Pakistan (3), Thailand (2), India (2) dan seorang warga Myanmar,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Bersepadu dilaksanakan di Stesen Penguatkuasa JPJ Mentara Gua Musang di sini awal pagi tadi.

Mohamed Yusoff Khan memberitahu, dalam operasi itu, seorang PATI warga Indonesia cuba untuk meloloskan diri semasa berada di dalam bas ekspres, namun berjaya ditangkap selepas dikejar anggota JIM.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, JIM Kelantan menahan seramai 1,103 orang PATI melakukan pelbagai kesalahan sejak Januari lalu melalui 315 operasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN