fbpx
PEMAIN tengah Newcastle, Joelinton (tengah) gagal bersinar dalam kekalahan 0-2 kepada Atletico awal pagi semalam. - AFP

Newcastle tak panik catat rekod buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Newcastle United, Eddie Howe mengakui pening dengan prestasi pasukan selepas gagal memenangi sebarang aksi pramusim apabila tewas 0-2 kepada Atletico Madrid di St. James Park awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Magpies yang dibelenggu isu luar padang sepanjang jendela perpindahan kali ini bergelut untuk melakukan serangan dengan pelawat meraih gol hasil penyudah Julian Alvarez dan Antoine Griezmann.

Menurut Howe, keresahan penyokong semakin dirasai menjelang aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Aston Villa di Villa Park hujung minggu ini setelah gagal menang dalam enam aksi pramusim sebelum ini.

Sepanjang enam itu, Newcastle seri dua kali, 1-1 dengan Tottenham Hotspur dan 2-2 bertemu Espanyol selain turut merekodkan empat kekalahan termasuk 0-4 kepada Celtic, 2-3 Arsenal, 0-1 Korea League All Stars serta 0-2 Atletico.

Howe berkata, barisan pemain tetap sedia untuk memberikan prestasi terbaik dan melupakan prestasi hambar dengan memperbaiki beberapa kelemahan khususnya di jentera serangan.

“Saya tidak risau kerana ini hanyalah aksi pramusim. Kami masih mampu untuk menang tetapi semua pihak perlu berikan kerjasama dan dalam masa sama, kami juga harapkan tuah kembali memihak kepada pasukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Howe mengakui masih belum pasti status mengenai penyerang utama, Alexander Isak yang terdesak untuk berhijrah pada jendela perpindahan kali ini dan terpaksa menharapkan pemain sedia ada.

“Saya masih lagi menunggu keputusan pihak pengurusan. Buat masa ini, Isak masih lagi pemain kami kerana terikat dengan kontrak tetapi kalau boleh saya hanya mahu mengendali pemain yang ingin kekal di sini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI