fbpx
SAARANI (duduk, kanan) pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 6 Tahun 2025 di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap, Teluk Intan hari ini.

MB Perak mahu penglibatan kontraktor tempatan dalam projek air Bukit Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Kerajaan negeri menetapkan projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Bukit Merah yang dianggarkan bernilai RM6.2 bilion turut memberi limpahan peluang kepada kontraktor kelas G1 dan subkontraktor kecil tempatan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek itu dianggarkan berjumlah RM5 bilion pada mulanya telah meningkat kepada RM6.2 bilion justeru limpahan ekonomi pelaksanaannya perlu diagihkan secara adil.

“Saya difahamkan kertas Kabinet akan dibawa pada minggu ini. Jadi dulu dalam mesyuarat exco kita buat keputusan supaya kertas Kabinet itu kena ambil kira permintaan dan ulasan daripada kerajaan negeri sebab pertama air itu adalah hak negeri.

“Urusan-urusan pelaksanaannya juga kena ambil kira kepentingan kepada kontraktor-kontraktor di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas selesai Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 6 Tahun 2025 di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri telah bersetuju supaya Petra (Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air) bersetuju dengan kerjasama antara PKNPk (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) dan Gamuda Bhd. (Gamuda) sebagai pelaksana dengan mengambil kira penglibatan kontraktor kecil tempatan.

Tambah beliau, jajaran projek berkenaan telah ditetapkan hasil beberapa siri bengkel melibatkan wakil kerajaan negeri bagi memastikan pelaksanaannya menepati keperluan Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI