fbpx
MAS IMRAN (berdiri, kiri) dan Faridah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada keluarga Noor Sawatry dalam kunjungan di Jalan Seelong Jaya, Johor Bahru baru-baru ini.

Makan apa sahaja untuk isi perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Tujuh sekeluarga terpaksa menceroboh sebuah rumah terbiar berhampiran Jalan Seelong Jaya, di sini untuk dijadikan sebagai tempat berteduh akibat terpaksa dan tiada pilihan lain.

Noor Sawatry Dinar, 40, berkata, dia bersama suami, Abdul Rahim Mohamed Yunos, 54, yang menghidap strok dan lima anak mereka dihalau dari kediaman di Kempas kerana tidak mampu membayar sewa.

Menurutnya, sewa rumah sebelum ini RM700 sebulan.

“Selepas dihalau, saya teringat rumah terbiar ini yang tidak jauh dari bengkel membaiki motosikal yang pernah diusahakan suami sebelum Covid-19 lalu.

“Saya tidak berfikir panjang ketika itu, saya nekad bawa suami dan anak-anak menaiki teksi dan terus ke rumah ini.

“Saya meminta maaf kepada pemilik rumah kerana tahu perbuatan ini salah,” katanya selepas menerima kunjungan Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam serta Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ehsan Penya­yang, Faridah Mustafa baru-baru ini.

Kata Noor Sawatry, kediaman itu mempunyai beberapa pera­bot lama serta bekalan air, namun tiada bekalan elektrik.

“Empat anak saya yang berumur antara lapan hingga 14 tahun sudah tidak bersekolah hampir dua bulan kerana tidak mampu menghantar mereka.

“Untuk makanan harian, kami makan apa sahaja yang ada, saya memetik ­sayur-sayuran di kawasan sekitar untuk dijadikan sup,” ujarnya.

Katanya, kali pertama suaminya diserang strok Januari lalu dan masih boleh terus be­kerja di sebuah kilang membuat batu di kawasan berhampiran.

“Namun selepas diserang strok kali kedua Mei lalu, pergerakkan terbatas sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selama
seminggu.

“Selepas itu kami mula hilang pendapatan dan tidak mampu membayar sewa rumah.

Orang ramai yang mahu ­me­nghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian mene­rusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Abdul Rahim bernombor 0113641100075773.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI