fbpx
TIGA daripada lima suspek yang disyaki terlibat kes merusuh ketika perlawanan bola sepak di Padang Speedy, Teluk Intan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman.

Lima lelaki merusuh ketika perlawanan bola sepak direman dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Lima lelaki yang diburu kerana disyaki terlibat kes merusuh ketika perlawanan bola sepak di Padang Speedy di sini Khamis lalu, ditahan reman selama dua hari mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, perintah reman sehingga esok itu diperoleh selepas kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pagi tadi.

Katanya, permohonan reman itu dikemukakan pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Lima suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan semalam. Mereka yang ditahan merupakan pemain dalam perlawanan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kejadian pada pukul 5 petang itu bermula apabila seorang pemain melakukan terjahan keras terhadap pemain pasukan lawan sehingga mengakibatkan pertelingkahan antara mereka.

Pertelingkahan itu kemudian menyebabkan pergaduhan besar membabitkan semua pemain serta dua penonton selain pengadil yang turut diserang oleh beberapa individu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI