fbpx
AYE Thun (depan dua kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara, bulan lalu.

Lelaki Myanmar dituduh ‘ambil nyawa’ rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan, di sini pada bulan lalu.

Tertuduh, Aye Thun, 59, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Mohamad Azlan Basri.

Walau bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang bekerja sebagai buruh binaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh lelaki dikenali sebagai Thambi @ Mian Bia di rumah kongsi di tapak pembinaan di Bandar Utama, di sini kira-kira pukul 9 malam, 20 Julai lalu dan pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md. Nor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan kes akan disebut semula pada 5 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI