fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran di platform TikTok oleh Rozaimi berkenaan hukum menggali semula kubur.

Sembilan keadaan kubur boleh digali semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kubur boleh digali semula dalam situasi tertentu menurut pandangan kitab fiqh, kata Rektor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Prof. Dr. Rozaimi Ramle atau Dr RoRa.

Ini termasuk jenazah belum dimandikan, tidak menghadap kiblat, tertanam bersama barang berharga atau jenazah mengandung dengan bayi yang berkemungkinan masih hidup.

Katanya, selain itu kubur juga boleh digali sekiranya dikebumikan di tanah milik orang lain tanpa izin, orang kafir ditanam di Tanah Haram, bimbang digali haiwan buas atau kawasan berisiko banjir.

Bagi tujuan semasa, kubur digali semula untuk tujuan bedah siasat kes jenayah, namun ia perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa dan dilakukan dengan menjaga kemuliaan jenazah.

“Antara syarat yang perlu dipatuhi termasuklah tidak mendedahkan aurat si mati kepada umum, tidak menghina jenazah dan menyegerakan proses bedah siasat tanpa membiarkan jenazah terlalu lama di luar.

“Jika dipercayai jasad telah mereput atau hancur dan bedah siasat pada ketika itu tidak memberi manfaat, maka tidak dibenarkan untuk digali semula.

“Apa-apa pun semua ini memerlukan pengesahan pakar perubatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI