fbpx
Allahyarham Zara Qairina

Kronologi kes Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Allahyarham Zara Qairina, 13 yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah dilaporkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama kira-kira pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dibawa ke hospital oleh pihak sekolah.

Berikut adalah kronologi kes Zara Qairina:

16 Julai 2025:
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama di Papar, Sabah. Beliau dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

17 Julai 2025:
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di hospital.

18 Julai 2025:
Pemergian Zara mulai tular di media sosial yang turut mendakwa ada kaitan buli.

21 Julai 2025:
Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat menggesa siasatan yang telus, adil dan saksama terhadap kematian anak perempuannya. Wanita itu mendedahkan kali terakhir melihat anak tunggalnya adalah semasa program gotong-royong sekolah pada 12 Julai.

26 Julai 2025:
KPM sekali lagi beri jaminan bahawa siasatan berhubung kematian Zara Qairina dijalankan secara telus dan adil.

28 Julai 2025:
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata siasatan teliti sedang dijalankan daripada semua sudut. Beliau menggesa orang ramai untuk bertenang dan mengelakkan spekulasi.

7 Ogos 2025:
Kenyataan media pasukan peguam berhubung kenyataan Jabatan Peguam Negara telah kembalikan semula laporan penuh siasatan kepada polis.
Noraidah serahkan telefon bimbit dan kad SIM di Balai Polis Karamunsing.

8 Ogos 2025:
Jabatan Peguam Negara mengarahkan agar mayat Zara Qairina digali semula untuk bedah siasat.

9 Ogos 2025:
Mayat Zara Qairina digali semula dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat. Perdana Menteri turut mengarahkan siasatan dijalankan secara

10 Ogos 2025:
Jenazah Zara Qairina selesai dibedah siasat dan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI