fbpx
Jaharina dan suami mengambil skrol arwah pada Majlis Konvokesyen Politeknik Banting Selangor hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!  

‘Hidup 100 tahun, jangan pergi sebelum saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Arwah mahu saya hidup 100 tahun dan tidak izinkan saya ‘pergi’ dahulu sebelum dirinya,”.

Itu kata ibu kepada Allahyarham Mohamad Darwisy Mohamad Zulkifli, 21, yang maut dalam kemalangan ketika mahu menjalani latihan industri, 31 Julai tahun lalu.

Jaharina Jamal, 51, hadir menerima skrol Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) secara anumerta bagi pihak arwah anaknya daripada Pengarah Politeknik Banting Selangor (PBS), Ibrahim Burhan pada majlis konvokesyen ke-14 hari ini.

Kata Jaharina, arwah yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu hanya sempat menjalani latihan industri selama dua minggu sahaja sebelum terlibat dalam tragedi itu.

“Sepanjang hayatnya, dia amat rapat dengan keluarga dan berhasrat mahu membantu kami selepas tamat latihan berkenaan.

“Beberapa hari sebelum kejadian, dia turut sempat bergurau mahu mati dahulu dan berpesan supaya tidak tinggal solat walau sesibuk mana pun,” katanya sebak.

Kosmo! sebelum ini melaporkan perjalanan seorang pelajar politeknik menunggang motosikal untuk menjalani latihan industri di Subang berakhir tragedi apabila maut dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Paip, Meru, Klang dalam kejadian pukul 8.05 pagi.

Sementara itu, Ibrahim berkata, Allahyarham Mohamad Darwisy antara 322 graduan yang masing-masing menerima diploma dalam Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat dan Kejuruteraan Mekanikal.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI