fbpx
Fadil (kiri) pada sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

Fadil Marsus komited jamin keselamatan ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kerajaan atas kepercayaan melantik beliau memegang jawatan itu.

Fadil berkata, beliau akan bergerak aktif bersama masyarakat bagi memastikan keselamatan ibu negara sentiasa terjamin.

“Kami akan memberi komitmen penuh untuk mencapai visi dan misi PDRM, selain memperkukuh kerjasama dengan semua pihak demi keberhasilan keselamatan di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut beliau, bagi tujuan itu, perancangan strategik akan disusun dengan teratur dan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Berbekalkan pengalaman luas termasuk pernah berkhidmat di Kuala Lumpur pada 2007 sebagai Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Fadil yakin keselamatan dan ketenteraman awam akan dapat terus terpelihara.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad yang memangku jawatan itu sejak 18 Julai lalu dan menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI