fbpx
Andy mendedahkan pernah hampir berkahwin dengan seorang wanita namun hasrat itu tidak kesampaian.

‘Cincin dah beli, tak jadi kahwin sebab dia tak faham saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada jodoh, pelakon Andy Teh mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta selama hampir lima tahun namun terputus di pertengahan jalan meskipun segala persiapan perkahwinan sudah dilakukan.

Ujar Andy atau nama sebenarnya Andy Teh Kim Huat, 39, hubungan tersebut terpaksa dinoktahkan memandangkan bekas kekasihnya sukar menerima kerjayanya dalam industri hiburan.

“Ya, betul. Hubungan kami putus sebab dia tidak memahami kerjaya saya. Bekas kekasih pula bukan dari dunia seni.

“Lama juga kami bercinta, hampir lima tahun. Sebenarnya kami sudah bersedia untuk berkahwin. Cincin pun sudah beli, keluarga pun dah berjumpa,” katanya menerusi sebuah program audio siar.

Terpaksa menelan pahitnya hakikat, pelakon filem Blood Brothers itu percaya jodoh tidak boleh dipaksa malah yakin semua yang berlaku pasti ada asbabnya.

“Apa saya boleh kata, jodoh saya tak sampai.

“Saya tidak boleh memaksa sebab cinta tak boleh dipaksa. Jadi biarlah, cuma sakit bila mengenangkannya,” ujarnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Andy selain mendoakannya dipertemukan jodoh lebih baik suatu hari nanti.

“Kalau sudah tertulis bukan jodoh, terima saja dengan hati terbuka, susah juga mahu bersama orang yang tidak faham kerja kita,” kata seorang pengguna media sosial.

“Mungkin Tuhan sedang sediakan seseorang yang lebih memahami dan menyayangi. Awak tak rugi, dia yang rugi,” tulis peminat.

“Bukan semua orang mampu faham cabaran dan getirnya dunia seni, semoga Andy kuat,” komen pengikut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI