fbpx
GUEHI dikait kembali ke Chelsea selepas masalah kecederaan panjang dihadapi oleh Colwill. - AFP

Chelsea tak minat ikat bek tengah Palace

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea mengesahkan mereka tidak akan bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Crystal Palace, Marc Guehi yang dilapor menjadi buruan utama Liverpool sebelum jendela perpindahan ditutup awal September nanti.

Skuad kendalian Enzo Maresca itu dikaitkan dengan perpindahan Guehi kerana ia dianggap sebagai langkah terdesak selepas mereka kehilangan khidmat Levi Colwill untuk tempoh sepanjang musim depan ekoran kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

Maresca mengakui bahawa Cheslea akan kembali ke pasaran perpindahan dalam tempoh kurang tiga minggu berbaki untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan, namun Guehi bukanlah pilihan utama.

“Ia menjadi keutamaan saya (mendapatkan pemain pertahanan). Levi adalah pemain yang hebat, anda semua boleh lihat apa yang dicapai musim lalu. Dia bermain banyak perlawanan dan saya gemarkannya,” katanya.

Ketika ini, kelibat Guehi dilaporkan bukan sahaja mendapat perhatian Liverpool, namun Newcastle United juga masih memantau secara dekat perkembangannya dan bersedia untuk mengemukakan bidaan pada saat akhir.

Bagaimanapun, Chelsea tidak bersedia untuk menyertai saingan dan tidak berhasrat untuk membawa pulang bekas pemain mereka itu ke Stamford Bridge.

Guehi merupakan pemain berusia 25 tahun yang dilahirkan daripada Akademi Chelsea dan hanya membuat dua penampilan dalam skuad utama sebelum berhijrah menyertai Palace dengan nilai £18 juta (RM102.56 juta) kira-kira empat tahun lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI