SYDNEY – Penduduk di negeri Victoria, Australia disajikan dengan pertunjukan cahaya menakjubkan apabila sebutir meteor yang menyala terang menerangi langit malam, lapor portal berita MailOnline semalam.
Ia kemudian jatuh ke Bumi dengan dentuman kuat yang menggegarkan rumah-rumah.
Penduduk dari Bendigo hingga Ballarat dan kawasan barat Melbourne membuat banyak hantaran di media sosial selepas bola api besar itu kelihatan di langit beberapa saat sebelum pukul 8 malam (waktu tempatan) semalam.
Seorang penduduk Melbourne yang berada di persimpangan Buckley Street dan Jalan Milleara di Timur Keilor menyangka meteor itu adalah bunga api.
“Nampak dari tingkap rumah kami di kawasan itu juga. Ingatkan bunga api,” kata seorang penduduk setempat.
Penduduk yang lain mendakwa mereka merasakan impak hentaman meteor itu. – AGENSI