fbpx
Bilal Indrajaya dan Pamungkas akan beraksi pada konsert Panggung Purnama yang bakal berlangsung di Zepp KL 23 September depan.

Bilal, Pamungkas, Fugo sedia ‘sihir’ Zepp KL September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pencinta muzik tanah air bakal menikmati variasi muzik menerusi persembahan dua penyanyi solo dari seberang, Bilal Indrajaya dan Pamungkas pada konsert Panggung Purnama yang akan berlangsung di Zepp KL pada 23 September depan.

Tidak cukup dengan itu, band meningkat naik tempatan, Fugo turut bakal melengkapkan konsert anjuran Udara Laskhar tersebut.

Menurut wakil penganjur, John Lavu, pihaknya menjanjikan bakal menghadiahkan pembeli tiket sebuah pengalaman berbeza yang belum pernah ditampilkan dalam penganjuran persembahan sebelumnya.

“Kami di UdaraLaskhar begitu teruja mengumumkan Pamungkas dan Fugo sebagai artis kedua dan ketiga untuk Panggung Purnama.

“Kami yakin dengan pemilihan Pamungkas dan Fugo untuk membuatkan para peminat teruja menikmati lagu-lagu mereka secara langsung di konsert itu kelak.

“Kami realisasikan mimpi dan permintaan peminat menerusi penampilan sulung Pamungkas dan Fugo bergabung dengan Bilal di pentas acara itu nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas John, ketiga-tiga pemuzik yang dipilih menepati kriteria tepat untuk Panggung Purnama kerana konsep konsert yang telah difikirkan sejak sekian lama.

“Kami yakin Pamungkas, Fugo dan Bilal Iakan meninggalkan impak tersendiri di Panggung Purnama.

“Semoga konsert itu nanti akan membawa satu pengalaman luar biasa dan momen indah buat yang hadir,” ujarnya

Orang ramai boleh mendapatkan tiket konsert Panggung Purnama pada harga serendah RM179 bagi kategori Bintang, Langit (RM199), Awan (RM249), Bumi (RM239) dan Purnama (RM399) menerusi laman web www.ilassotickets.com. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI