fbpx
Anggota bomba ketika menyelamat mangsa kemalangan bas kilang di Jalan Paya Terubong, pagi tadi.

Bas kilang alami masalah brek sebelum terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Bas kilang yang terbabas ketika menuruni jalan berbukit Jalan Paya Terubong, Ayer Itam di sini, pagi tadi sehingga menyebabkan enam penumpang cedera dikatakan mengalami masalah pada sistem brek.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kejadian berlaku ketika bas jenis Nissan yang membawa pekerja kilang itu dalam perjalanan membawa mereka pulang dari tempat kerja di Kampung Jawa ke Paya Terubong.

“Terdapat seramai 30 pekerja termasuk pemandu di dalam bas tersebut. Kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan dan seramai enam orang mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka, tangan dan kaki.

“Baki 24 mangsa lagi dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Mangsa yang cedera kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa menerima rawatan di hospital,” katanya di sini, sebentar tadi.

Jelasnya, pasukan bomba kemudiannya telah melakukan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan di lokasi bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain.

Tambahnya, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.27 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI