fbpx
Seorang pegawai imigresen dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini, atas tuduhan merompak seorang lelaki warga Pakistan di Rembau, pada bulan lalu. FOTO NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

Anggota imigresen didakwa rompak warga Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang anggota Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan merompak seorang lelaki warga Pakistan di Rembau, pada bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Nazrul Md Yasin, 38, membuat pengakuan berkenaan dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah merompak harta warganegara asing berkenaan berupa sebuah talefon bimbit, wang tunai sebanyak RM440, wang dalam Touch ‘N Go (TNG) sebanyak RM210 dan pasport mangsa.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 6.10 petang di tepi jalan Kampung Miku Pindah di Rembau pada 11 Julai lalu dan pendakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung memohon satu tarikh paling awal untuk ditetapkan bagi sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 14 Ogos ini dan tiada jaminan ditawarkan pada peringkat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI