fbpx
SEEKOR anak gajah tidur di sebelah rakan lelakinya. - Foto @eleephantsofworld/Instagram

Anak gajah minta tidur sebelah lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Satu rakaman video memaparkan seekor anak gajah menghampiri lelaki yang berselimut dan sedang berbaring di lantai, lapor portal berita NDTV semalam.  

Anak haiwan itu pada mulanya menolak-nolak lelaki itu, tetapi akhirnya memanjat badannya sebelum terjatuh.

Lelaki itu kemudian mengawal keadaan dengan menepuk lembut anak gajah tersebut dan menutupnya dengan selimut sebelum mereka berdua tidur bersama.

“Anak gajah membangunkan rakannya untuk tidur bersama. Ikatan kasih sayang yang tulus!” demikian kapsyen video itu di platform Instagram.

Ramai pengguna media sosial terpesona dengan kecomelan dan telatah lucu si anak gajah.

“Dia sayang betul pada gajah itu. Menjaga dan menyayangi gajah itu adalah sesuatu yang istimewa,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI