fbpx
TANGKAP layar klip video hari ini menunjukkan kemalangan antara kapal perang Tentera Laut China(kiri) dan kapal Pengawal Pantai China(kanan) dekat Terumbu Scarborough di Laut China Selatan. – AFP

2 kapal China berlanggar semasa kejar bot Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Sebuah kapal tentera laut China bertembung dengan salah satu vesel Pengawal Pantainya ketika mengejar bot peronda Filipina dalam kejadian di Laut China Selatan hari ini, kata Manila.

Insiden berlaku berhampiran lokasi tuntutan bertindih, Beting Scarborough ketika Pengawal Pantai Filipina mengiringi bot-bot yang mengagihkan bantuan kepada nelayan di kawasan itu, kata jurucakap tentera laut, Komodor Jay Tarriela dalam satu kenyataan.

Rakaman video dikeluarkan oleh Manila menunjukkan kapal Pengawal Pantai China dan kapal jauh lebih besar bernombor 164 pada badannya bertembung dengan bunyi dentuman kuat kedengaran.

“(Kapal Pengawal Pantai China) CCG 3104  yang mengejar (bot pengawal pantai Filipina) BRP Suluan pada kelajuan tinggi, melakukan gerakan berisiko yang menyebabkan pertembungan dengan kapal perang Tentera Laut Pembebasan Rakyat China(PLA),”  kata Tarriela.

“Ini mengakibatkan kerosakan besar pada bahagian hadapan kapal CCG, menjadikannya tidak layak belayar,” katanya.

Jurucakap Pengawal Pantai China, Gan Yu mengesahkan bahawa konfrontasi hari ini telah berlaku tanpa menyebut pertembungan itu.

“Pengawal Pantai China mengambil langkah-langkah yang perlu mengikut undang-undang  termasuk memantau, menyekat dan mengawal kapal-kapal Filipina untuk mengusir mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertembungan dilaporkan itu adalah yang terbaru dalam siri konfrontasi antara China dan Filipina di Laut China Selatan.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan  walaupun terdapat keputusan antarabangsa bahawa tuntutan Beijing tanpa asas undang-undang.

Lebih 60 peratus perdagangan maritim global melalui laluan air yang dipertikaikan itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI