fbpx
Tangkap layar bendera Malaysia dipasang terbalik yang kembali tular di media sosial.

Video tular bendera Malaysia terbalik di Sungai Buloh kejadian lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Polis mengesahkan video tular di media sosial memaparkan bendera Malaysia dipasang terbalik di sebuah premis di Bandar Pinggiran Subang di sini, bukan kejadian baharu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengurus projek tempatan berusia lingkungan 40-an di Balai Polis Kampung Baru Subang, semalam.

“Pengadu menafikan dakwaan video berkenaan membabitkan syarikatnya. Siasatan mendapati bendera Malaysia di premis tersebut tidak dipasang terbalik seperti yang didakwa.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) diperoleh menunjukkan syarikat itu tidak beroperasi sejak dua hari lalu dan kejadian sebenar berlaku pada tahun 2024,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurut beliau, insiden itu berlaku ketika pemasangan bendera baharu dan kesilapan berkenaan telah diperbetulkan segera.

Bagaimanapun, video lama tersebut telah dimuat naik semula di aplikasi TikTok tahun ini oleh individu dikenali sebagai Zubair.

Katanya, hasil semakan mendapati pautan video itu menerima 5,332 komen dan 2,515 perkongsian setakat pukul 7 malam semalam.

“Isu pemasangan bendera Malaysia secara terbalik adalah serius kerana melibatkan simbol kedaulatan negara dan boleh menimbulkan kemarahan rakyat.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan media sosial secara berhemah serta tidak memuat naik kandungan berunsur fitnah,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI