fbpx
VERSTAPPEN merasakan pasukannya berdepan kesukaran untuk mencabar kehebatan McLaren musim ini. - AFP

Verstappen mula kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILTON KEYNES – Juara dunia empat kali, Max Verstappen seolah-olah sudah berputus asa pada saingan Formula Satu (F1) musim ini apabila menganggap mereka tidak akan menang dalam mana-mana baki perlumbaan.

Pelumba berusia 28 tahun itu menyuarakan rasa kecewa selepas menampilkan aksi terburuk ketika menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Hungary di Litar Hungaroring minggu lalu di tempat kesembilan.

Verstappen berkata, biarpun memiliki masa untuk memperbaiki prestasi jentera ketika saingan sedang berehat ketika ini, namun dia tidak menganggap Red Bull mampu mencabar kehebatan McLaren.

“Berdasarkan apa yang sedang berlaku pada ketika ini, saya fikir kami tidak akan memenangi mana-mana perlumbaan lagi sehingga ke penghujung musim. Anda semua juga tahu dan boleh lihat sendiri.

“Secara jujur, tidak ada apa yang boleh saya lakukan. Saya boleh marah tetapi ia tidak akan membantu jentera menjadi lebih laju, jadi saya hanya perlu menerima keadaan ini hingga ke hujung musim,” katanya.

Pada masa sama, dia juga tidak menganggap Red Bull mampu memperbaiki prestasi jentera musim ini walaupun pasukan kejuruteraan sudah melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan kemampuan RB21.

“Kami sudah mencuba pelbagai cara tetapi tidak ada yang berhasil. Memang saya ada bagi cadangan kepada pasukan tetapi itu tidak boleh didedahkan, mungkin kita tunggu dan lihat sahaja nanti,” ujar Verstappen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI