fbpx
HOJLUND

United pujuk Hojlund sertai Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Ketika para peminat Manchester United sudah bersedia menyambut kehadiran penggempur baharu mereka, Benjamin Sesko, penyerang semasa, Rasmus Hojlund sedang menghitung nasibnya di Old Trafford.

Hojlund menyarung jersi United selepas melengkapkan perpindahan dari Atalanta pada 2023 dengan nilai perpindahan £72 juta (RM409.95 juta), namun dia gagal menepati jangkaan selepas hanya mampu meledak 26 gol dalam 95 penampilan.

Situasi tersebut menyebabkan United tidak sanggup untuk terus meletakkan kepercayaan terhadapnya dan membuat keputusan membawa masuk Sesko menyebabkan Hojlund mungkin terpaksa meninggalkan pasukan itu.

Laporan di Itali menyebut, AC Milan yang kini dikendali oleh Max Allegri berminat untuk mendapatkan khidmat Hojlund, namun dengan status pinjaman apabila melancarkan bidaan bernilai £5.2 juta (RM29.60 juta) untuk tempoh semusim penuh.

United secara lisan dikatakan sudah bersetuju dengan tawaran berkenaan, namun rundingan ketika ini menjurus ke arah kemungkinan untuk kedua-dua pasukan memasukkan terma pembelian secara kekal pada musim berikutnya pada harga £34.6 juta (RM197 juta).

Bagaimanapun, rundingan berkenaan bukan sahaja melibatkan kedua-dua kelab sahaja apabila mereka perlu meyakinankan Hojlund untuk menerima keputusan berkenaan ketika pemain itu berikrar untuk kekal di Old Trafford dan merebut tempat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI