fbpx
GAMBAR fail Lapangan Terbang Changi. - Foto AFP

Pesalah trafik mahu keluar negara ditahan di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang pesalah trafik  ditahan di Lapangan Terbang Changi kerana cuba meninggalkan Singapura tanpa kebenaran walaupun kesnya telah selesai, lapor portal berita Stomp hari ini.

Wanita itu merasakan dirinya dilayan secara tidak adil seperti seorang penjenayah.

Perkara itu berlaku selepas dia terlibat dalam satu kemalangan pada 29 Jun lalu.

“Saya telah ditangkap. Saya memberikan kenyataan dan dibebaskan dengan ikat jamin. 

“Pegawai penyiasat Trafik (IO) memaklumkan kepada saya bahawa saya tidak boleh melakukan perjalanan ke luar negara selagi kes masih dalam siasatan.

“Pada 16 Julai lalu, saya hadir di mahkamah, mengaku bersalah, membayar denda, lesen memandu saya dibatalkan dan kes tersebut diselesaikan,” katanya.

Menurut wanita berkenaan, pada 21 Julai lalu, dia berada di lapangan terbang dan ditahan oleh pihak imigresen. 

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan kemudian menghubungi IO yang memberitahu bahawa wanita itu tidak boleh melakukan perjalanan kerana tidak mendapatkan kebenarannya.

“Kes saya sudah diselesaikan, tetapi saya ditahan dan dihalang keluar seperti seorang penjenayah,” ujarnya.

Wanita itu berkata, dia sedang mencari keadilan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI