fbpx
SEORANG pelancong membuat laporan di Balai Polis Bandar Pattaya. - Foto Pattaya Mail

Pelancong lelaki digoda ke bilik hotel, disamun 3 wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pelancong warga Bangladesh membuat laporan di Balai Polis Bandar Pattaya bahawa dia diserang dan dirompak oleh tiga wanita Thailand, lapor portal berita Pattaya Mail hari ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.20 pagi (waktu tempatan) semalam.

Mangsa berkata, sekitar pukul 12.10 tengah malam ketika dia berjalan di tepi pantai Pattaya, dia didatangi seorang wanita Thai yang memulakan perbualan dan berkenalan dengannya.

Wanita itu kemudian menjemput mangsa ke bilik hotelnya di Soi Khao Phra Tamnak 4.

Setibanya di hotel, wanita tersebut memberitahu bahawa dua lagi rakannya akan menyertai mereka. 

Apabila dua wanita itu tiba, ketiga-tiga mereka mengugut dan menyerang pelancong tersebut di dalam bilik sebelum merampas wangnya.

Jumlah wang yang dicuri dianggarkan sekitar 25,500 baht (RM3,345) dalam pelbagai mata wang.

Seorang penunggang teksi bermotosikal tempatan melihat mangsa dengan kesan calar yang jelas di wajahnya dan setelah bertanya, dia kemudian mengetahui tentang serangan serta rompakan tersebut.

Pemandu itu dengan baik hati menawarkan untuk membawa pelancong yang cedera itu ke balai polis secara percuma. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI