fbpx
GAMBAR fail Walking Street, Pattaya. - Foto AFP

Pelancong ditangkap terbangkan dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki warga Singapura ditangkap selepas menerbangkan dron di kawasan popular di Pattaya, Thailand, lapor portal berita VnExpress semalam.

Ia berlaku hanya beberapa hari selepas Thailand melaksanakan larangan menerbangkan dron di seluruh negara.

Menurut akhbar The Straits Times, polis berkata, lelaki berusia 44 tahun itu dilihat mengendalikan dron sekitar pukul 12.20 tengah malam (waktu tempatan) tanpa kebenaran pada 7 Ogos lalu.

Lelaki Singapura dikenali sebagai Goh itu memberitahu anggota polis melalui penterjemah bahawa beliau seorang peminat fotografi dan mahu merakam gambar sudut tinggi suasana kehidupan malam di kawasan hiburan, Walking Street.

Pihak berkuasa merampas dron, alat kawalan jauh, kaca mata dan bateri gantian.

Berdasarkan Akta Navigasi Udara, pesalah boleh dipenjara sehingga satu tahun dan denda 40,000 baht (RM5,427). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI