fbpx
Alexander (dua dari kiri) mengagihkan Jalur Gemilang semasa Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Laluan FT003 dari Persimpangan Melor di Ketereh ke Kampung Pak Badol, Bachok hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Motosikal tidak dikenakan tol, dakwaan tular tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Tiada sebarang bayaran tol dikenakan kepada penunggang motosikal seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, dakwaan bahawa penunggang motosikal akan mula membayar tol mulai Oktober ini seperti yang dimuat naik oleh pemilik akaun media sosial semalam adalah tidak benar.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah bercadang untuk mengenakan sebarang bayaran tol kepada pengguna motosikal.

“Ini adalah fitnah yang boleh menimbulkan kegusaran kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Laluan FT003 dari Persimpangan Melor di Ketereh ke Kampung Pak Badol di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI