fbpx
Kesan kebakaran rumah seorang wanita disyaki dilakukan suaminya di Kampung Langkap Baru, Setiu hari ini.

Lelaki 79 tahun direman disyaki bakar rumah isteri kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Seorang lelaki warga emas ditahan bagi membantu siasatan membakar rumah isteri keduanya dipercayai disebabkan pergeseran rumah tangga di Kampung Langkap Baru, di sini hari ini.

Suspek berusia 79 tahun berjaya ditangkap di pekarangan Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada pukul 4.11 pagi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Md. Dris berkata, lelaki warga emas itu didakwa telah melempar sesuatu memasuki tingkat rumah isterinya sehingga menyebabkan kebakaran.

“Suspek dikatakan telah beredar dari lokasi kejadian selepas melakukan perbuatan tersebut. Perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek pada pukul 1 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, lelaki warga emas itu berjaya dijejak sebelum berjaya ditahan di pekarangan Balai Polis Chabang Tiga kira-kira 45 kilometer dari lokasi kejadian dan ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI