fbpx
Ahmad Zahid bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika menandatangi plak pecah tanah Ehsan Dairy Farm, hari ini.

Jangan terikat gaji minimum untuk pekerja berkemahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Majikan digesa tidak terikat dengan gaji minimum RM1,700 terutama dalam menggajikan pekerja berkemahiran dalam pelbagai sektor termasuk peladangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini selaras kemahiran dan pengetahuan dimiliki graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terutama bagi pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan ke atas.

Katanya, secara langsung dalam memberikan galakan terhadap penglibatan generasi muda dalam sektor berkemahiran dalam menjamin pengeluaran makanan negara.

“Satu lagi aspek ialah gaji premium yang diberikan kepada mereka dan jangan terikat kepada gaji minimum RM1,700.

“Apabila kita memberikan SKM Tahap 3, apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri daripada saranan yang dibuat oleh Majlis TVET negara, gajinya minimum adalah RM 3,000 untuk yang memperolehi SKM tahap 3 tadi manakala yang bertahap lima iaitu setara dengan diploma,”katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pecah tanah Ehsan Dairy Farm, hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan permintaan pasaran adalah cukup tinggi sehingga mencecah gaji premium sekitar RM5,000 yang akan menarik minat generasi muda.

Ujarnya, negara ketika ini bergantung kepada import sumber tenusu mencecah sehingga 94.7 peratus yang bernilai RM4.6 bilion.

“Majlis TVET Negara sedia membantu kepada institut latihan pertanian untuk melatih khususnya golongan muda terutama dalam bidang teknologi pertanian.

“Kesemua ini bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber import terhadap bekalan makanan termasuklah produk tenusu di negara ini sejajar dengan matlamat dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” katanya.

Beliau turut memaklumkan, permintaan industri terhadap graduan TVET cukup tinggi apabila institut latihan sektor itu di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) meningkat sehingga 98.7 peratus dan purata permintaan di seluruh negara adalah 95.1 peratus. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI