KOTA KINABALU – Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir dikatakan tidak mampu menahan sebak dan air mata sejurus melihat wajah anaknya sewaktu membuat proses pengecaman sebelum proses bedah siasat dibuat pagi tadi.
Peguam keluarga Allahyarham Zara, Hamid Ismail berkongsikan perkara itu sewaktu menjelaskan perkembangan terkini mengenai proses bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada Ahad.
“Apa yang boleh dikatakan suasana di dalam sayu dan ibu arwah tadi sedih. Dia menitiskan air mata ketika proses pengecaman tetapi dia kuat.
“Proses bedah siasat masih berlangsung. Jadi kita terpaksa bersabar. Kami tidak boleh masuk untuk tahu peringkat mana namun rakan guaman Shahlan Jufri berada di dalam bagi memerhatikan proses bedah siasat,” katanya ketika ditemui media. – KOSMO! ONLINE