fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir landa hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, susulan jangkaan hujan lebat berserta angin kencang membabitkan hampir semua negeri di seluruh negara sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan yang terlibat ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, serta Perak.

Di pantai timur, amaran turut melibatkan beberapa daerah di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Selain itu, keadaan sama juga tertumpu sekitar Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta beberapa daerah di Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Menurut MetMalaysia, amaran turut dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

“Di Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat serta Sandakan (Sandakan),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI