fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca buruk di utara, KL, Johor berlarutan hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dilaporkan terus melanda beberapa kawasan di utara Semenanjung serta sebahagian daerah sekitar Selangor, Johor dan Kuala Lumpur hingga 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkam, cuaca buruk tersebut yang bermula sejak pagi kekal tertumpu di Kedah (Langkawi, Yan, Pendang dan Kuala Muda) serta Pulau Pinang (Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara).

“Selain itu, di Selangor melibatkan Sabak Bernam dan Hulu Langat serta seluruh kawasan Kuala Lumpur.

“Bagi Negeri Sembilan pula, Tampin menjadi satu-satunya daerah dalam radius cuaca buruk ketika ini,” lapor MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat serta ribut petir turut dijangkan melanda Melaka (Jasin) dan beberapa daerah di Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI