fbpx
GARNACHO tidak memiliki peluang untuk kekal di Old Trafford menyebabkan dia terdesak untuk menyertai Chelsea. - AFP

Chelsea, Garnacho sudah setuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea dilaporkan sudah bersetuju dengan terma peribadi yang diminta oleh Alejandro Garnacho, namun rundingan bersama Manchester United mengenai yuran perpindahan masih berjalan.

Garnacho mahu meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan kali ini, namun masih ingin kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan beraksi di Liga Juara-Juara menyebabkan Chelsea adalah pilihan destinasinya.

Pemain antarabangsa Argentina itu tersisih daripada skuad kendalian Ruben Amorim pada hujung musim lepas dan beberapa isu kontroversi melibatkan dirinya, menyebabkan dia diketepikan pada kem pramusim United.

Menurut pakar perpindahan, Fabrizio Romano, United dilapor sedia mengurangkan nilai yang diinginkan untuk melepaskan Garnacho kepada £50 juta (RM284.69 juta) biarpun sebelum ini meletakkan tanda harga sebanyak £70 juta (RM398.56 juta).

Bagaimanapun, Chelsea agak keberatan untuk melunaskan pembayaran nilai tersebut dan mahu ia dikurangkan menyebabkan proses rundingan tersebut masih belum menemui kata putus.

Chelsea mahu mengambil kesempatan ekoran hubungan keruh antara Garnacho dan Amorim untuk mendapatkan pemain tersebut pada harga yang lebih rendah sehingga £30 juta (RM170.81 juta) sekali gus merisikokan perbincangan tersebut menuju kegagalan.

Selain Garnacho, The Blues memiliki beberapa pilihan pemain di bahagian sayap yang diinginkan termasuk Xavi Simons, namun RB Leipzig berkeras untuk mengekalkan harga perpindahan sebanyak £61 juta (RM347.32 juta). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI