fbpx
GAMBAR fail Lebuh Raya Lu’an, Guizhou. - Foto Tangkap Layar/Numerama

Belah gunung untuk bina lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Pasukan jurutera memilih untuk ‘membelah’ sebuah gunung bagi memberi ruang kepada pembinaan Lebuh Raya Lu’an di wilayah Guizhou, barat daya China, lapor portal berita Oddity Central.

Pilihan tersebut dilakukan berbanding membina terowong menembusi gunung atau membina jalan raya melintasinya.

Kepintaran mereka membina lebuh raya itu yang menyeberangi kawasan pergunungan Guizhou, menuju ke Jambatan Grand Canyon Huajiang  kini mendapat perhatian banyak pihak.

Kira-kira 92 peratus wilayah Guizhou terdiri daripada gunung-ganang dan tebing curam, menjadikannya sebagai tempat yang indah untuk sesi fotografi.

Beberapa hantaran mengenai Lebuh Raya Lu’an mencetuskan perdebatan hangat di platform Reddit.

Dalam hantaran itu, terdapat netizen yang kagum dengan infrastruktur dan kepintaran kejuruteraan China tetapi sebilangan lagi pengguna media sosial berpendapat adalah lebih baik untuk membina laluan tanpa merosakkan keseluruhan gunung. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI