KOTA KINABALU – Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail memaklumkan proses bedah siasat ke atas jenazah pelajar tingkatan satu itu mesti diiselesaikan hari ini.
Beliau berkata, setakat pukul 4 petang tadi, proses tersebut berjalan lancar dan dijangka selesai dalam masa kira-kira satu jam 30 minit hingga dua jam lagi.
“Jika proses itu tidak selesai pada petang ini, terpaksa diselesaikan hingga malam, namun kita harap lagi awal tetapi terpulang kepada prosesnya.
“Apabila bedah siasat selesai, jenazah akan dikafan dan dibawa ke Sipitang untuk pengebumian semula. Kalau malam (selesai), malamlah,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini hari ini.
Hamid berkata, proses bedah siasat remaja perempuan berusia 13 tahun itu turut dipantau rakan guaman, Shahlan Jufri yang berada di dalam bilik bedah, manakala anggota polis pula di bahagian luar.