fbpx
Hamid ketika ditemui media di luar kawasan unit forensik HQE. -Foto IVAN AMIRUL

Bedah siasat jenazah Zara dibantu Pakar Perunding Patologi Forensik dari Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor dipanggil bagi membantu proses bedah siasat jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dilaksanakan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) hari ini.

Peguam keluarga Allahyarham Zara, Hamid Ismail memaklumkan pakar berkenaan adalah Dr Khairul Anuar Zainun yang akan mengendalikan proses bedah siasat bersama Pakar Patologi HQE, Dr Jessie Hiu selain dibantu dua lagi doktor.

“Proses bedah siasat dimulakan pada kira-kira pukul 11 pagi tadi selepas selesai pengecaman jenazah oleh ibu arwah Zara.

“Doktor sebelum itu juga memberi taklimat kepada keluarga Allahyarham mengenai proses bedah siasat.

“Proses bedah siasat dijangka mengambil masa empat hingga lima jam. Kita akan tunggu nanti.

“Dr Jessie akan memberitahu keluarga apa yang dijumpai.

“Sejurus selesai mayat akan dibawa balik semula ke Sipitang oleh pihak polis untuk tujuan penanaman semula,” Katanya ketika ditemui di luar kawasan unit forensik HQE.

Sementara itu, mengulas tentang pakar perunding dari luar yang dipanggil membantu proses bedah siasat, Hamid berkata beliau percaya ia bagi memastikan keadilan untuk arwah Zara.

“Saya percaya pihak polis memastikan semua elemen untuk keadilan kepada Zara. Oleh itu, seorang doktor pakar dibawa dari Semenanjung untuk mengelakkan apa-apa pertuduhan yang tidak baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI