KOTA KINABALU – Proses bedah siasat membabitkan jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir selesai sekitar pukul 8 malam ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan Peguam, Shahlan Jufri yang menyaksikan proses bedah siasat berkenaan di atas permintaan keluarga arwah Zara.
Terdahulu, proses bedah siasat jenazah arwah Zara dilakukan bermula pukul 9 pagi tadi di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini.
Selepas proses itu selesai, jenazah Allahyarham Zara akan dihantar ke Sipitang dan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol. – KOSMO! ONLINE