fbpx
Pasangan suami isteri (dua dan tiga dari kiri) direman tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan mendera anak hingga mati di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Bayi 23 bulan maut disyaki didera bapa kandung, ibu tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak lelaki yang disyaki didera bapa kandung dan ibu tirinya sehingga parah akhirnya meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa di Wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Mangsa berusia 23 bulan yang dimasukkan ke dalam hospital sejak Selasa lalu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.05 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pegawai perubatan HSNZ mengesahkan kematian anak bongsu daripada dua beradik tersebut disebabkan pendarahan otak akibat kesan pukulan tumpul.

“Bapa mangsa yang merupakan buruh berusia 27 tahun dan isterinya, seorang suri rumah berusia 30 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. Mereka telah ditahan reman selama seminggu sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, soal-siasat awal pasangan suami isteri itu mengaku pernah memukul betis mangsa dengan penyangkut baju, namun mendakwa bayi tersebut tidak sedarkan diri dipercayai impak terjatuh sewaktu memanjat pagar penghadang bilik pada pukul 11 pagi, Selasa lalu.

“Mangsa bengkak pada dahi akibat kejadian itu sebelum dirawat menggunakan ais oleh bapanya, namun tidak sedarkan diri sewaktu mengejutkannya untuk minum susu pada pukul 12 tengah hari keesokan harinya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI