fbpx
DIAZ dilihat berjaya menyesuaikan diri dengan cepat selepas berhijrah daripada Liverpool baru-baru ini. - AFP

Bayern lega Diaz miliki pakej lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Jurulatih Bayern Munich, Vincent Kompany menganggap Luis Diaz sebagai calon terbaik untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Jamal Musiala selepas cemerlang menjalani aksi pramusim sepanjang dua minggu bersama pasukan.

Sebagai rekod, Bayern berjaya mendapatkan pemain antarabangsa Colombia itu dengan tanda harga £65.5 juta (RM370.75 juta) selepas melengkapkan perpindahan daripada juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Liverpool.

Keputusan Bayern berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat Diaz adalah disebabkan Musiala mengalami kecederaan patah kaki ketika bertemu Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Piala Dunia Kelab pada Julai lepas.

Menurut Kompany, apa yang dipamerkan oleh Diaz pada aksi pramusim ketika menang 4-0 ke atas Tottenham Hotspur kelmarin merupakan satu petanda jelas dia bakal mengisi kekosongan itu.

“Dia hadir dengan pakej yang lengkap kerana bersedia dari aspek mental dan fizikal. Diaz telah menjalani sesi latihan tiga minggu bersama Liverpool sebelum ini dan ia cukup membantu.

“Secara peribadi, kehadirannya dapat menutup sedikit kecederaan yang dialami beberapa pemain utama kita seperti Jamal Musiala dan Alphonso Davies,” katanya.

Skuad The Bavaria itu akan mengharungi satu lagi aksi pramusim bertemu Grasshopper Zurich pada Rabu ini sebelum fokus mengharungi perlawanan pembuka tirai, Piala Super Jerman bertemu VfB Stuttgart minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI