fbpx
AZEEM (tengah) mengungguli saringan dua dengan catatan masa 10.48s, sekali gus melangkah ke pentas final yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Azeem, Danish ke final 100m Terbuka India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dan rakan sepasukan, Danish Iftikhar Muhammad Roslee layak ke final 100 meter (m) Terbuka India iaitu kejohanan bertaraf Gangsa Siri Jelajah Benua Olahraga Dunia di Stadiu Kalinga, Bhubaneswar sebentar tadi.

Azeem, 21, mencatat 10.48 saat (s) untuk menamatkan saringan kedua di tempat pertama, sekali gus mengesahkan tiket ke final.

Danish Iftikhar meraih tempat ketiga dalam saringan sama dengan masa 10.64s sekali gus menempatkan diri dalam kelompok lapan pelari terbaik.

Sebelum berlepas ke India, Azeem menyuarakan hasrat untuk menghadiahkan keputusan positif buat negara selain menyatakan setiap peluang beraksi di pentas antarabangsa akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperbaiki catatan masa.

“Harapan untuk perjalanan di India kali ini adalah melakukan yang terbaik, bukan sahaja diri sendiri tetapi juga buat negara.

“Insya-Allah, kami akan cuba memperbaiki catatan musim ini, malah jika boleh, saya mahu cipta rekod peribadi. Paling penting, kami mahu menikmati perlumbaan dan jika diizinkan, berada di podium,” katanya.

Dalam kategori wanita 100m, Zaidatul Husniah Zulkifli turut mara ke final selepas mencatat 11.97s dalam saringan kedua, sementara Nor Aisyah Rofina Aling gagal ke perlumbaan akhir apabila sekadar mencatat 12.14s.

Malang bagi acara 200m lelaki apabila Pengiran Aidil Auf Hajam saingan di tempat keenam saringan kedua dengan masa 21.95s, sekali gus gagal mara ke final.

Final acara 100m dijadualkan berlangsung malam ini dengan Azeem dan Danish dijangka berdepan cabaran sengit daripada pelari tuan rumah serta beberapa wakil Asia Tenggara lain yang memburu gelaran juara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI