fbpx
Muhammad Kifli (tengah) mendedahkan sebanyak 258 kenderaan mewah pelbagai jenama disita JPJ sepanjang tiga siri Ops Luxury 3.0. -Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Ferrari, Porsche, Ford Mustang antara 258 kereta mewah disita JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 258 kenderaan mewah pelbagai jenama termasuk Ferrari, Porsche dan Ford Mustang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang tiga siri Ops Luxury 3.0 yang dijalankan di seluruh negara bermula 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, operasi terbaharu pada 7 Ogos hingga semalam melibatkan 104 kenderaan yang ditahan, termasuk milik tempatan dan warga asing.

“Antara kesalahan dikesan ialah tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), tiada perlindungan insurans, lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen sah, pamer nombor pendaftaran belum berdaftar, dan pelbagai kesalahan teknikal.

“Sebanyak 627 notis saman turut dikeluarkan,” katanya pada sidang akhbar Depoh Sita JPJ Kuala Lumpur disini malam tadi.

Beliau berkata, kesemua kenderaan disita mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan peraturan berkaitan, sebelum diserahkan semula kepada pemilik selepas mereka memperbaharui LKM dan insurans.

Menurutnya, Kuala Lumpur mencatat tangkapan tertinggi dengan 93 kenderaan disita, diikuti Selangor (61), Pulau Pinang (28), Sarawak (16) dan Kelantan (15).

“JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya.

“Ops berkala ini akan diperkukuhkan bagi menjamin keselamatan dan kemampanan sektor pengangkutan negara,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI