fbpx
Gambar hiasan

’14 tahun lepas pakai walkman volum kuat, sekarang telinga tak dengar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan masalah pendengaran dipercayai akibat tabiatnya yang suka mendengar lagu dengan volum kuat kira-kira 14 tahun yang lalu.

Menerusi hantaran pengguna Thread Noorakmal, dia menceritakan terpaksa meminta orang lain yang berbual dengannya mengulangi percakapan mereka memandangkan perbualan itu tidak didengari.

“Telinga kiri 50 db (unit desibel), telinga kanan 45 db. Nasihat kepada semua, jangan dengar lagu kuat-kuat.

“Aku menyesal 14 tahun lepas pakai walkman buka volum kuat, layan lagu metal sebab nak asingkan diri dari dunia luar.

“Sekarang dalam kepala aku ada bunyi “zinggggg” dan “white noise” tak berhenti. Orang yang ajak aku sembang kena ulang banyak kali sebab aku tak dengar,” katanya pada hantaran berkenan.

Katanya, sel rambut dalam koklea telinga juga tidak akan hidup kembali sebaik sahaja ia mati.

“Korang jangan ulang kesilapan aku,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas dan ada juga pengguna Thread berkongsi pengalaman berkaitan masalah pendengaran.

“Saya punya telinga sebelah kiri tak boleh dengar bunyi kuat, contoh mcm acara yang guna mikrofon atau radio yang kuat atau ‘earphone’. Saya akan dengar bunyi mcm radio rosak. Dah 19 tahun macan ni, sampai sekarang tak pergi periksa sebab takut,” kata seorang pengguna Thread.

“Teringat kawan sebilik kat universiti dulu. Dia pakai ‘earphone’, kami yang tengah bersembang ni pun boleh dengar lagu apa dia tengah dengar,” kata seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI